Ajaran Ayah Pin Kembali? Jom Imbau Kembali 5 Kepercayaan ‘Karut’ Pengikut Ayah Pin

Kehidupan

Ajaran Ayah Pin Kembali? Jom Imbau Kembali 5 Kepercayaan ‘Karut’ Pengikut Ayah Pin

Sedia maklum, beberapa hari lalu tular berita mengenai ajaran Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad kembali dihidupkan semula oleh beberapa pihak di Besut, Terengganu.

Pernah satu ketika dulu ajaran sesat ini menjadi ‘fenomena’ dan diikuti ramai biarpun ajaran yang diajar oleh Ayah Pin sememangnya bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Advertisement

Nak tahu apakah amalan dan kepercayaan ‘karut’ pengikut Ayah Pin? Jom sama-sama kita baca senarai di bawah.

1. Menghina dan persenda Islam

ayah pin

Difahamkan, ajaran Ayah Pin akan menghina Allah SWT, Rasullullah SAW dan juga umat Islam. Bukan itu saja, malah mereka turut persendakan rukun Islam dan rukun Iman.

2. Konon ketahui hal-hal ghaib

ayah pin

Sementara itu, ajaran Ayah Pin turut mempercayai diri mereka mengetahui hal-hal ghaib yang hakikatnya hanya diketahui oleh Allah SWT seperti syurga dan neraka.

3. Tiada kiamat

ayah pin

Sedia maklum, setiap umat Islam pasti sudah tahu akan berlakunya hari Kiamat satu hari nanti tetapi buat pengikut Ayah Pin, mereka mempercayai Hari Kiamat tidak wujud dan hanya dongeng semata-mata.

4. Tak wajib solat 5 waktu

ayah pin

Disebabkan menghina rukun Islam, ajaran Ayah Pin tidak ‘mewajibkan’ pengikutnya untuk solat lima waktu dan merasakan tunai Haji itu hanyalah amalan sia-sia.

5. Puji Ayah Pin lebih bermakna daripada berzikir

ayah pin

Pengikut ajaran sesat ini memilih untuk memuji Ayah Pin sebanyak mana yang boleh kerana merasakan ia lebih afdhal dan mampu untuk menaikkan darjat mereka berbanding berzikir atau solat.

agama ahmadi
10 months ago

"Tiada Solat Ritual, Jika Al-Mahdi Suruh Buat, Kami Buat" - Bernama 'Agama Ahmadi' & Hampir 30 Ribu Pengikut, Tular Agama Baru Di TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : JAKIM

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...