‘Ajar’ Pemandu Buang Sampah Merata, Netizen Puji Wanita Ini

Trending

‘Ajar’ Pemandu Buang Sampah Merata, Netizen Puji Wanita Ini

Pernah tak korang mengalami situasi ketika sedang memandu di jalan raya, tiba-tiba ternampak penumpang atau pemandu dalam sebuah kereta di hadapan membuang sampah melalui tingkap kenderaan tanpa rasa bersalah? Mesti pernah kan?

Sikap dan tabiat buruk ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat di negara kita. Tidak dinafikan, kita sememangnya benci dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak menjaga kebersihan terutama kebersihan di tempat-tempat awam. Sampai bila tabiat buruk membuang sampah merata-rata ini hendak dibiarkan begitu sahaja?

Advertisement

3 years ago

Pemandu Bezza Selamba Buang Sampah Keluar Daripada Kereta, MBPP Bakal Ambil Tindakan Tegas

Sebenarnya, inilah mentaliti sesetengah individu yang kononnya mempunyai pendidikan dan bertamadun tetapi tidak mempunyai kesedaran sivik langsung. Mungkin bagi mereka yang sering melakukan perbuatan tidak bermoral ini,mereka beranggapan yang ia adalah sesuatu yang normal. Mereka fikir jika mereka tidak melakukannya, orang lain pasti membuat perkara serupa.

Mungkin mereka yang berbuat demikian merasakan ia adalah perkara kecil, tetapi secara tidak langsung ia menyumbang kepada pencemaran bumi yang semakin hari semakin dihimpit pelbagai kekotoran termasuk bahan kimia dari kilang, karbon monoksida daripada asap kenderaan dan sebagainya.

Wanita mengutip sampah yang dibuang oleh seorang pemandu dan berikan semula kepadanya

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @sitisitieliza yang memaparkan tindakan seorang wanita menghampiri seorang pemandu kereta yang sesuka hati mencampakkan sampah ke luar tingkap kereta ketika menunggu lampu isyarat.

Dalam perkongsian video tersebut, wanita itu dilihat keluar daripada keretanya dan menuju ke arah sebuah kereta di hadapannya ketika berhenti di lampu isyarat. Difahamkan, pemandu kereta tersebut sudah dua kali membuang sampah ke luar tingkapnya.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila wanita itu kemudiannya mengutip sampah yang dicampak oleh pemandu tersebut dan memberikannya semula kepada pemandu itu.

Selepas itu, wanita tersebut dengan tenangnya berjalan kembali ke keretanya dan masuk semula ke dalam kereta kerana lampu isyarat sudah bertukar ke warna hijau.

Good job kak, saya bangga dengan akak”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan, 87.9 ribu tanda like dan 2.8 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa kagum dan menyokong tindakan wanita tersebut memberi kesedaran kepada pemandu tidak bertanggungjawab itu.

Pemandu buang sampah luar tingkap Pemandu buang sampah luar tingkap Pemandu buang sampah luar tingkap Pemandu buang sampah luar tingkap Pemandu buang sampah luar tingkap Pemandu buang sampah luar tingkap Pemandu buang sampah luar tingkap Pemandu buang sampah luar tingkap

Pemandu buang sampah luar tingkap

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan mereka yang risau dan nervous apabila melihat lampu isyarat bertukar hijau ketika wanita itu sedang menuju ke kereta tersebut untuk mengutip dan memberikan kembali sampah yang dibuang.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...