“Ajar Hati Untuk Terima Keadaan Tanpa Membenci” – Misya Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa?

Trending

“Ajar Hati Untuk Terima Keadaan Tanpa Membenci” – Misya Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa?

Selepas beberapa hari kecoh tentang dakwaan Marissa Dania dan lelaki bernama Aslam bernikah di Thailand hangat di media sosial akhirnya Misya Mazlan tampil bersuara.

Isteri pertama Aslam itu sebelum ini hanya mendiamkan diri ketika dakwaan perkahwinan tersebut baru mula tular dan menjadi bualan hangat dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

marissa dania

 

Terima keadaan tanpa membenci

Menerusi Instagram story, Misya telah memuat naik fotonya di Mekah dan menulis tentang ujian yang menimpa dirinya pada ketika ini.

Kata Misya, keikhlasan membantunya untuk tenang dan berlapang dada selain menerima apa yang berlaku tanpa membenci sesiapa.

Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada, kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah.

 

Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci.

misya mazlan

 

Terima Marissa sebagai madu?

Dalam hantaran yang sama itu, Misya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti mendoakannya dan anak-anak.

Kenyataan Misya itu menggambarkan dia reda dengan apa yang sudah terjadi dan seolah-olah menerima takdir bahawa Marissa kini adalah madunya.

misya mazlan

misya
11 months ago

"Dia Baca Setiap Komen.." - Misya Mazlan Bersyukur Dengan Sokongan Netizen, Kini Dalam Keadaan Yang Baik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...