Kita semua akan mati apabila waktu itu sampai. Ajal kadang-kadang tak mengira usia dan juga tempat. Kadang sedang kita seronok makan dengan kawan pun boleh tiada dalam sekelip mata sahaja.
Begitu kisah seorang model lelaki yang menemui ajal di pentas peragaan selepas beliau tiba-tiba rebah pada hari terakhir Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW).
Penganjur SPFW berkongsi berita mengejutkan itu tanpa penjelasan lanjut.
Menurut penganjur, Tales Soares, model dari Brazil berusia 26 tahun itu rebah ketika berjalan di pentas peragaan jenama Ocksa pada Sabtu.
“SPFW baru sahaja menerima berita kematian model Tales Soares yang sakit secara tiba-tiba semasa pertunjukan Ocksa,” kata kenyataan itu.