Ajak Shiro Lupa Diri?

Hiburan

Ajak Shiro Lupa Diri?

Populariti kumpulan Shiro dan ahlinya Ajak tidak dapat disangkal lagi. Pelawak pada masa kini tidak semua yang hidup susah bukan? Tetapi baru-baru ini, Ajak dikatakan sudah lupa diri apabila lama tidak pulang ke kampung halamannya.

Gosip tersebut tersebar di dalam ruangan gosip sebuah akhbar mingguan dimana saudara terdekat Ajak telah berkecil hati kerana pelawak itu jarang meluangkan masa bersama keluarga di kampung.

Advertisement

Mengakui sibuk dengan jadual seninya, Ajak memberitahu beliau ada pulang ke kampung dan menjenguk sanak saudara di sana jika mempunyai masa terluang.

Saya mengaku saya jarang pulang ke kampung tetapi itu bukan bererti saya langsung tidak pulang untuk melawat keluarga saya dan bersikap lupa diri.

Sekiranya saya tidak dapat pulang saya akan hubungi ibu dan ayah selain keluarga yang lain untuk bertanya khabar mereka.

Ajak yang tidak pasti siapakah saudara beliau yang telah meluahkan rasa hati di akhbar tersebut menyifatkan gosip berkenaan sebagai satu peringatan buat dirinya.

Alahai, siapa pula yang berkecil hati dengan Ajak Shiro? Jadual seseorang artsi itu tidak dapat dijangkakan, kadang-kala ada sahaja tawaran yang tiba secara mendadak. Jangan risau, kami pasti Ajak Shiro masih ingat akan asal usulnya.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...