Sedia maklum, baru-baru ini usahawan sensasi Datuk Seri Vida ada mengeluarkan lagu barunya berjudul Ku Ikhlaskan dan mengajak orang ramai untuk menonton agar dapat mengumpul saham akhirat.
Bagaimanapun, tindakan yang beliau lakukan tidak diterima oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat.
Pengarah tersebut berkata kepada pihak mStar bahawa dia terpaksa menegur DSV kerana merasakan wanita itu menggunakan sentimen agama atas tujuan tertentu.
View this post on Instagram
Shahrulezad berasa kurang senang apabila mendapati niat Vida mengajak orang ramai untuk menonton MV terbarunya itu kerana ingin mengumpul dana untuk menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh.
Tambahannya lagi, pengarah drama Nur itu turut memberi cadangan agar usahawa terbabit bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi kerja amal yang ingin dilakukan tanpa melibatkan kepentingan diri sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.