Penyanyi Khai Bahar kini tampil dengan lagu baharu berjudul Bangkit Semula yang menurutnya mempunyai makna yang tersendiri dari segi penciptaan dan penghasilan karya tersebut.
Menurut Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin,27, lagu itu dihasilkan kerana ingin menyampaikan pesanan kepada masyarakat di luar sana supaya berhenti meratapi musibah yang melanda negara dan juga seluruh pelusuk dunia pada ketika ini.
Dia dalam pada itu ingin menyampaikan mesej positif dalam bait lirik lagu Bangkit Semula kepada masyarakat dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
View this post on Instagram
“Lagu ini mengajak orang ramai agar melihat musibah, ujian dan tekanan hidup melalui perspektif yang positif. Setiap kegagalan dan ujian yang dilalui bukanlah penghujung kehidupan seseorang, tapi ia adalah proses awal untuk kita mengenggam sebuah kejayaan yang lebih bermakna.”
Harapan Khai Bahar dalam lagu ini adalah untuk mengajak masyarakat di luar sana agar segera keluar daripada kesedihan dan penderitaan melalui cara berzakat dan bersedekah.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, lagu ini dihasilkan melalui kerja amal dirinya bersama pihak MAIWP dan lebih kepada berunsur kesedaran dan mengajak masyarakt untuk bangun semula.
“Saya gemar menggunakan kapasiti sebagai penyanyi untuk menjayakan projek amal sebegini. Saya cuba buat sesuatu selagi termampu, semoga saya dan pasukan akan teruskan kerja amal macam ni sampai bila-bila” – Khai Bahar”