“Aisyah Faham, Tak Ada Orang Nak Benda Ni Jadi..” – Masih Kuat Hadap Orang Ramai Di ‘Live’ TikTok, Aisyah Anggap Ini Ujian

Hiburan

“Aisyah Faham, Tak Ada Orang Nak Benda Ni Jadi..” – Masih Kuat Hadap Orang Ramai Di ‘Live’ TikTok, Aisyah Anggap Ini Ujian

Personaliti media sosial yang sedang tular sekarang, Aisyah Hijanah terlihat masih cekal hati mencari rezeki apabila dirinya tetap membuat live di TikTok menjual produknya. Meskipun dilanda pelbagai ujian lagi-lagi disaat mengandung, Aisyah masih tampil di media sosial seperti biasa.

Baru-baru ini melalui siaran langsung di TikTok, semasa di tengah berjual, ramai yang bertanya tentang kondisinya dan meminta penjelasan dari isteri pertama kepada Alif Teega ini. Tahu dirinya tidak boleh mengelak selamanya, Aisyah akhirnya menyampaikan keadaannya sekarang.

Advertisement

Aisyah faham, tak ada orang nak benda ini jadi dalam hidup. Hidup kita ini diuji dengan doakan kita, contohnya doa kita nak masuk syurga tanpa dihisab jadi Allah akan uji kita.

Things happen and we can’t turn back time. Kita kena hadap dengan keberanian, bersangka baik dan fikir positif.

@syuhaila13 kuatnyaaa dia 🥹 #fyp #alifteega #aisyahhijanah #pregnantlife #foryoupage ♬ original sound – ش

Menurut Aisyah, dia percaya apa yang terjadi itu merupakan ujian yang diturunkan oleh Allah SWT kepadanya dan dirinya hanya mampu menjalani ujian tersebut dengan kuat dan tabah. Meskipun dia sendiri faham situasi tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, namun baginya tiada cara lain selain dari mengharunginya sendiri.

Pada masa yang sama, ketika ditanya mengapa Aisyah masih sanggup tampil di live tersebut walaupun namanya dan Alif sedang menjadi bualan rata-rata warganet, ibu kepada dua cahaya mata ini ujar dirinya terpaksa bekerja kerana minggu lepas dia ke Johor dan tak sempat berjualan di live seperti biasa.

Sebelum ini, personaliti media sosial ini memuat naik sebuah hantaran di media sosial yang menyatakan suaminya telah bernikah untuk kedua kalinya dan dirinya sudah mendapat madu. Namun, dia meminta orang ramai untuk mendoakan rumah tangga mereka.

fatin
1 year ago

"'Meet The' Minah Penyondol Rumah Tangga" - Tak Ingin Berdiam Diri, Adik Aisyah Hijanah Tampil Dedah Identiti Orang Ketiga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...