Aiskrim Walls Viennetta Kesukaan Ramai Pada Tahun 90an Ini Akhirnya Kembali!

Trending

Aiskrim Walls Viennetta Kesukaan Ramai Pada Tahun 90an Ini Akhirnya Kembali!

Sudah lama kita menantikan kemunculan aiskrim ini yang dulu mendapat sambutan yang sangat hangat. Kalau kita imbau kembali sewaktu zaman 90an dahulu, aiskrim ini boleh dikatakan aiskrim yang sangat ‘mewah’ dan jarang-jarang dibeli.

Kini selepas hampir 15 tahun, Walls kembali membawakan produk terlaris mereka iaitu Walls Viennetta untuk rakyat Malaysia! Makluman yang dihebahkan oleh pasar raya B.I.G di mana terdapat dua perisa iaitu vanila dan mint.

Advertisement

walls viennetta

Anda boleh dapatkan aiskrim ini di semua pasar raya B.I.G pada harga RM35 sementara stok masih ada. Jadi, jangan tunggu lama-lama! Sementara masih ada, inilah masanya anda mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda dengan aiskrim ‘legend’ ini.

Sebelum ini, petisyen untuk mengembalikan aiskrim Wall Viennetta telah dilancarkan. Petisyen yang bertajuk ‘Bring Walls Vienetta Ice Cream Cake Back To Malaysia Now’ telah ditandatangi oleh beberapa individu yang meminta Walls kembalikan produk ini di pasaran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...