Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aishah Tuntut DSV Bayar Harga Barang Kemas RM80,000

Sebelum ini kecoh apabila penyanyi yang juga merupakan juara Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah mendakwa bahawa hadiah seutas rantai pemberian Datuk Seri Vida kepadanya adalah palsu. Satu demi satu isu dan kontroversi yang timbul sehingga penyanyi itu membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Advertisement

Namun, khabarnya sengekta antara mereka sudah pun berakhir dan kes mereka diselesaikan menerusi satu sesi mediasi yang diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terbaru, Aishah yang mengadakan satu sidang media khas hari ini, memaklumkan dia menuntut DSV membayar ganti rugi harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000.

DSV juga diarahkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media khas yang perlu diadakan sebelum tarikh 17 Julai ini.  Sekiranya DSV gagal menunaikan perjanjian tersebut seperti yang ditetapkan, pihak Aishah akan mengambil tindakan undang-undang mengikut pelaksanaan mahkamah.

Selain itu, DSV juga perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguamcara Aishah pada atau sebelum 7 Julai, Ahad ini.

Terdahulu,  kontroversi serta kemelut DSV dan Aishah bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu. Malah, Aishah turut menyertakan laporan pakar permata yang menilai ketulenan hadiah yang diberikan oleh DSV itu.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 Comments

  1. meetomato

    July 3, 2019 at 5:44 pm

    Good job Kak Aishah.

    Serve you right DSV kerana menipu & memutar maklumat pasal ketulenan barang kemas itu. Abu2 jer Press Conference awak hari tu. Now, sape nak percaya awak lagi?

    Macam ni ke PhD holder? PhD holder yg betul2 PhD lagi ambik masa buat research, siap dgn supporting documents, result pun ade buktinya, constant discussion dgn supervisors, the amount & dedication lagi attending conferences & participation lagi with publishing & etc.

    Apa yang Kak Aishah ni serves as a reminder to semua penyangak2, penipu2, parasit2 & opportunists especially yang suka ambik kesempatan

  2. pukimawati

    July 3, 2019 at 4:46 pm

    si vida ni sengkek sangat ke sampai tak terbayar duit 80,000 tu?

  3. Anonymous

    July 3, 2019 at 3:59 pm

    jihan hamil lagi kerrr:-)

    • puki masam

      July 3, 2019 at 4:45 pm

      so?penting ke?

  4. mak jemmsssss

    July 3, 2019 at 3:49 pm

    xhabis2 lagi ke isu ni haaaaaaaa???

  5. wekkkkkkkkkkkkkkkkk

    July 3, 2019 at 3:43 pm

    meluat aku

    • damai

      July 3, 2019 at 3:55 pm

      apa yg meluat, tlg elobrate kan

    • Anonymous

      July 3, 2019 at 3:58 pm

      meluat dengan kau

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top