August 29th, 2018

Dalam muat naik terbaru di Instagramnya, penyanyi Aishah memberitahu yang dia tidak menipu mengenai kepalsuan barang kemas yang dihadiahkan oleh Datuk Seri Vida kepadanya, malah telah mendapatkan laporan rasmi dari ahli gematologi tentang nilai sebenar barang kemas tersebut.


Dia seterusnya memuat naik gambar laporan tersebut ke Instagramnya .

Banyak sebenarnya video yg kami rakam dan belajar mengenai intan permata.Tapi panjang ceritanya.

Tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari pakar batu permata yang bertauliah. Sebagai orang ditipu saya rasa tertekan bila orang kutuk tak tentu fasal.

Inilah dia penilaian dari ahli gemotologi bertauliah.

Untuk menjawab kata-kata yang mengatakan saya tak faham susut nilai berlian dan mengatakan saya tipu dan hanya ingin mengaibkan orang.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Sebelum ini juga, Vida dilaporkan mengatakan bahawa Aishah tidak faham mengenai susut nilai semasa berlian, yang menyebabkannya mengatakan barangan kemas yang dihadiahkan itu sebagai palsu.  Malah ada mengatakan Aishah sengaja ingin mengaibkan Vida:

Bacalah laporan ini baik-baik. DSV, saya keluarkan ini bukan nak aibkan awak, cuma saya minta janganlah buat kami golongan artis begini.

Mengikut pemerhatian penulis, dalam laporan itu menyatakan batu utama yang terletak di tengah-tengah rantai tersebut ialah batu nilam sintetik (synthetic sapphire) manakala batu kecil berwarna putih yang mengelilingi batu nilam sintetik itu ialah batu kubik zirkonia dan bukannya berlian.

Aishah turut memuat naik dua video ketika dia memeriksa nilai barang kemas tersebut di sebuah kedai.

Aishah mendakwa kekayaan Vida tidak bermaksud dia boleh menipu golongan artis.

Ya, mungkin Allah bagi awak jadi kaya raya tapi itu tak membenarkan awak menipu kami.

Dia tidak mahukan apa-apa dari Vida dan meminta hartawan itu menyimpan saja Lavida Coin tersebut.

Saya tak nak apa-apa dari awak. Sekadar mohon maaf di atas penipuan ini. Simpanlah La Vida Coin awak itu.

Jangan ingat orang yang tak kaya macam saya tak ada maruah.

Barangan kemas tersebut dihadiahkan oleh Vida kepada Aishah setelah memenangi kejuaraan Gegar Vaganza 2017 didakwa bernilai RM 80,000 tajaan kedai emas miliknya. – beautifulnara.com


46 responses to “Aishah Minta Vida Buat Permohonan Maaf Kerana Menipu, “Simpan Saja Lavida Coin Awak Tu””

  1. ridiculous says:

    dah cakap dah hari tu..entah2 semua batu yg lekat kt badan dgn kepala dia tu fake!!!

  2. Hot stuff says:

    ASTRO bodoh ni patut do something. U should act upon it. Tau nk sponsorship je. Menipu plak tu. U made the artiste join yr stupid program, the least u could do is protect them u fool!!

  3. Armadan Hamdan says:

    Dear DSV,

    JUST SAVE YOUR LAVIDA COIN

  4. Lola says:

    Saman Astro and Vida !! ASTRO patut responsible too sbb diaorang yang cari sponsors.

    Saman ASTRO !!!

Loading...