Baru-baru ini, muncul satu dakwaan yang mengatakan penyanyi lagenda, Datuk Aishah telah pun kembali bergelar isteri orang.
Datuk Aishah kembali bergelar isteri?
Menerusi satu hantaran ini, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 59, dilihat mengenakan persalinan serba putih dan disolek seperti pengantin.
Penyanyi lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah itu kemudian dikatakan sudah selamat menjadi milik orang meskipun tiada penampakan lelaki bergelar suami dalam hantaran tersebut.
Usaha media untuk mendapatkan jawapan daripada Aishah juga gagal kerana dia tidak membalas mesej yang dikirim.
@f8buzz Tahniah Kak Aishah! Berseri-seri ? #f8buzzhiburan #aishah #tahniah @Wan Aishah Wan Ariffin
Sekadar info, Aishah pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali sebelum ini.
Penyanyi itu turut mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan yang pertama dan kedua.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.