Aishah Ilias Akui Sedang Rapat Dengan Nazrief Nazri

Hiburan

Aishah Ilias Akui Sedang Rapat Dengan Nazrief Nazri

Baru-baru ini, menerusi portal Utusan Online mereka ada menyiarkan foto pelakon yang popular dengan drama Cinta Ibadah iaitu Aishah Ilias bersama seorang pelakon baharu, Nazrief Nazri di pusat membeli belah.

Advertisement

Yang menjadi tanda tanya ialah Nazrief dilihat sedang mendukung seorang bayi. Ramai yang tertanya, sejak bila pula mereka kahwin?

Aishah ketika dihubungi oleh portal berkenaan berkata, beliau sebenarnya menolong kakak beliau untuk menjaga anaknya.

Memang saya yang menolong kakak saya menjaga anaknya yang berusia empat bulan memandangkan kakak saya seorang ibu tunggal dan bekerja mengikut waktu pejabat. Jadi, saya bantu untuk mengasuh anaknya.

Ikutkan saya juga terpaksa menolak tawaran sebelum ini sebab mahu beri tumpuan kepada bayi ini. Mungkin sebab itu ada yang kata lama tidak nampak saya berlakon.

Malah, Aishah juga mengakui beliau kini sedang rapat dengan Nazrief dan dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

Kami memang rapat, malah bukan senang mahu bertemu seorang lelaki yang mahu keluar dengan bayi. Faham sahajalah bukan mudah sebenarnya kalau mahu uruskan bayi dan membeli-belah pada masa yang sama. Soal hubungan antara kami berdua, saya hanya boleh kata yang kami sedang berkawan dan mengenali hati budi.

Wah! Loving la pulak Nazrief Nazri ini, ermm memang boleh melembutkan hati wanita bila ada lelaki yang caring dan sukakan budak-budak. Siapa tahu ada jodoh dengan Aishah..

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...