Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aishah Beri Datuk Seri Vida Tempoh Satu Minggu Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka

Ingin terus memperjuangkan haknya berikutan kes hadiah rantai berlian didakwa palsu, penyanyi Aishah hari ini menerusi satu sidang mendia khas memberikan tempoh tujuh hari kepada Datuk Seri Vida untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka selain menyelesaikan masalah berhubung hadiah barang kemas tersebut.

Advertisement

Melalui peguamnya, Aishah telah menghantar surat tuntutan yang meminta DSV seutas rantai berlian asli dengan nilainya setara RM80,000.

Kami sudah menghantar satu surat tuntutan bermula hari ini. Menerusi surat tersebut terdapat dua tuntutan iaitu seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan.  Manakala tuntutan kedua satu permohonan maaf terbuka atas representasi yang salah yang telah dibuat berkenaan rantai berlian tersebut.

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya DSV gagal membuat permohonan maaf itu dalam tempoh tujuh hari yang diberikan.

Tegas Aishah, tujuan beliau berbuat demkian adalah untuk menegakkan keadilan dan  memberi pengajaran kepada pihak penaja serta badan penyiaran untuk tidak sesuka hati membuli serta menggunakan artis untuk kepentingan mereka.

Terdahulu, DSV dalam satu kenyataan memberitahu kontroversi antara beliau dan Aishah telah memalukan dirinya selain menjejaskan perniagaan beliau sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 1 juta. Oleh itu beliau akui agak sukar untuk meminta maaf.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. katon

    October 8, 2018 at 9:09 am

    bagus jg jd mcm ni supaya yg dah tua2 benti la tekinja2 kt pentas menyanyi..dh tua bt cra org tua, bt amal ibadat lg bagus..

  2. Sitisydney

    October 8, 2018 at 8:21 am

    Sepatutnya DSV bagi je rantai tangan emas tak padu rm 3000 mesti gedabak besar.?tak payah sebut nilai?Katalah ditaja oleh kedai emas DSV mesti sale kedai emas naik meletops..tapi malangnya DSV silap marketing.

  3. Peguam Pencen

    October 7, 2018 at 10:53 am

    Yang sepatutnya menyaman dsv ni bknnya aisyah tapi pihak penganjur GV..sb dsv telah menipu hadiah yg ditawarkn kepada peserta yg menyertai pertandingan GV..dilihat jgk adakah ini ada didlm perjanjian syarat hadiah penajaan?? Aisyah hanyalh org ketiga dlm kes ini..dimana pihak penganjur GV. org yg bertanggungjawab..kenapa diam membisu..dan selayaknya aisyah samanlh penganjur GV bknnya direct kpd dsv..

  4. LILO

    October 7, 2018 at 9:27 am

    Ada bagus aishah buat mcm ni. Kadang2 kesian juga pada artist2 yg selalu diperlekahkan oleh golongan yg bongkak. Depan2 media ckp berdekah2..bila nak deliver hadiah habuk pun tarak. So lepas ni penaja2 akan berfikir dua kali nak buat sebarangan thdp artist. Bila dah janji mestilah ditepati.

  5. Tiong

    October 6, 2018 at 4:22 pm

    Anon 3.18 pm…
    Mmg win la komen ni…senak perut aku ktawa..

    Anyway,aku rasa aishah ni saba btul blh tunggu stahun amik masa nk saman… Tu la,lain kali jgn gatal sgt ckp bg kalung nilai 80k,nk kasi gempak padahal hampeh…lps tu acah2 teraniaya

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama