Written by Bella | October 24th, 2019

Menghadapi episod duka dalam hidupnya apabila ikatan pertunangan dengan Syafie Naswip putus pada Julai lalu dan dihimpit dengan pelbagai konflik, kini pelakon Aishah Azman sudah menjalani kehidupan yang lebih bahagia. Dia sudah ‘move on’ dan enggan mengenangkan lagi segala keperitan yang dilaluinya sebelum ini.

aishah azman

Meskipun apa yang berlaku mencetuskan kontroversi, namun ia tidak memberi impak kepada kerjayanya.

Alhamdulillah saya sangat gembira, kehidupan lebih baik, rasa lebih lega. Orang pun dah kurang bertanya tentang kisah putus tunang tu dan saya sendiri dah tak nak layan perasan-perasaan tu. Keluarga juga memberi dorongan dan sokongan yang sangat baik pada diri saya.

Tawaran berlakon yang saya terima bukan disebabkan kes tersebut, malah tawaran diberikan sebelum kejadian itu.

aishah azman syafie naswipTerdahulu, Aishah dan Syafie melangsungkan pertunangan pada 7 April lalu, namun mereka putus tunang pada 21 Julai selepas berlaku insiden tidak diingini apabila Syafie didakwa mencederakan Aishah.

Sumber Berita : mStar Online

2 responses to Aishah Azman Lega Putus Tunang Dengan Syafie Naswip

  1. Anonymous says:

    tunag dah macam kahwin…

  2. Ecahh says:

    Kesian xda org komen..nampak sgt kau sendu dikkk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini