Aisha Retno Kecewa Penganjur Batal Konsert Malam Sutera, Anggap Satu Penindasan – “Ini Tidak Sepatutnya Berlaku”

Hiburan

Aisha Retno Kecewa Penganjur Batal Konsert Malam Sutera, Anggap Satu Penindasan – “Ini Tidak Sepatutnya Berlaku”

Penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa kesal apabila konsert Malam Sutera Aisha Retno yang dijadualkan berlangsung 16 November ini dibatalkan oleh penganjur.

Kata Aisha, penganjur telah membatalkan konsert tersebut tanpa memaklumkan kepada dirinya terlebih dahulu.

Advertisement

Apa yang lebih mengecewakan adalah apabila pihak penganjur enggan berbincang lanjut agar konsert itu diteruskan menurut Aisha.

Saya masih berfikiran terbuka untuk berbincang bagi menjayakan konsert ini tetapi mereka tidak mahu berbaik dan berbincang.

Apabila mereka memaklumkan kepada pembeli tiket tentang pulangan semula pembelian, baru mereka beritahu saya. Seharusnya perkara itu dimaklumkan kepada saya dahulu.

Aisha juga berkata dia berasa seperti tertindas apabila diperlakukan seperti itu dan telah menanggung kerugian kerana terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan.

Saya sudah terangkan kepada penganjur bahawa masih baharu dan hijau dalam industri. Saya perlu kumpul banyak lagu namun apabila mereka yakin dengan tawaran ini, jadi saya bagi peluang.

Tetapi apabila perkara ini berlaku, saya rasa sudah tiba masanya untuk jelaskan. Konsert ini memberi impak besar apabila saya tidak boleh menerima tawaran persembahan lain kerana terikat dengan konsert.

Terdahulu, penganjur mengumumkan pembatalan konsert yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur berikutan jualan tikat yang kurang memberangsangkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pelakon wanita hutang adik ipar 208k
1 month ago

"Saya Enggan Buka Aib Mana-Mana Pihak" - Pelakon Wanita Didakwa Hutang Adik Ipar RM208K Enggan Identiti Didedahkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...