Biarpun dihalau serta dimalukan walaupun hanya mahu menghulurkan bantuan, pempengaruh Aisar Khaled difahamkan telah menerima penghargaan daripada wakil Ahli Dewan Perwakilan Daerah (DPD) di Bali.
Hargai keprihatinan Aisar
Penghargaan tersebut diserahkan oleh Senator Bali iaitu Arya Wedakarna susulan menghargai keprihatinan Aisar terhadap penduduk di Bali yang terjejas akibat bencana.
Difahamkan, Aisar telah menerima sijil penghargaan serta pin istimewa Presiden Soekarno iaitu Bapa Kemerdekaan Indonesia sebagai simbol persahabatan dan usaha murninya.
View this post on Instagram
Bersyukur masih ramai yang menghargai
Susulan menerima penghargaan tersebut, pempengaruh terbabit meluahkan rasa syukur selain berkongsikan niat sebenarnya untuk membantu orang yang di dalam kesusahan.
Walaupun ribuan orang berkata buruk, masih jutaan manusia menghargaiku.
Terdahulu, Aisar telah pun dihalau oleh sekumpulan penduduk kampung di Bali sewaktu sedang menghulurkan bantuan berbentuk pakaian buat mangsa-mangsa banjir.