Buat para peminat ais krim Magnum, ada berita gembira untuk anda. Magnum kini mengeluarkan perisa terbaru untuk masa terhad sahaja.
Magnum tampil dengan perisa ‘Cherry Blossoms’ yang baru dengan ramuan ais krim berperisa sakura yang disalut dengan coklat Belgian merah jambu dan taburan ceri.
Rasanya yang tidak terlalu manis, dengan aroma sakura yang cukup menyelerakan. Taburan kepingan sos cerinya menambah kelazatan yang mempesonakan.
Ia boleh didapati di kedai 7-Eleven di seluruh negara dengan harga RM 5.30 sahaja.