Ramai yang mengetahui bahawa selain Tan Sri Anthony Francis dan Datuk Kamarudin bin Meranun, terdapat juga individu lain yang turut bersama memacu nakhoda empayar syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia.
Selain mengumumkan Neelofa Selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di AirAsia, syarikat itu juga telah mengumumkan pengunduran Aireen Omar, 44 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd (AirAsia) sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam usaha meningkatkan pentadbiran korporat syarikat penerbangan tambang rendah ini.
Turut sama meletak jawatan mengikut jejak langkah Aireen Omar ialah timbalannya, Tharumalingam Kanagalingam, 52 tahun.
Perletakan jawatan Aireen Omar dan Tharumalingam difahamkan adalah untuk menghasilkan jumlah majoriti pengarah bebas dan pengarah bukan eksekutif di dalam syarikat tersebut.
Perubahan ini juga mematuhi Kod Pentadbiran Korporat Malaysia di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Walaubagaimanapun, Aireen Omar masih lagi memegang jawatan sebagai CEO AirAsia begitu juga dengan timbalannya yang masih memegang jawatan penting dalam AirAsia.