AirAsia X Buka Penerbangan Ke Destinasi Baru, Almaty?! Jom Ajak Geng Kaki Travel Ke Sana Sekarang!

Branded

AirAsia X Buka Penerbangan Ke Destinasi Baru, Almaty?! Jom Ajak Geng Kaki Travel Ke Sana Sekarang!

Bila tanya soalan, ‘travel mana je tahun ni?’, confirm ramai yang bagi jawapan destinasi pelancongan sama betul tak? Kami rasa anda pun dah boleh agak kot beberapa destinasi tersebut…

Tapi, kami faham je kenapa destinasi-destinasi tersebut menjadi pilihan ramai! 

Memandangkan dah hujung tahun ni, apa kata tukar permainan travel anda dan melancong ke satu destinasi yang bukan saja mempunyai keindahan alam semula jadi serta persekitaran menakjubkan, malah menyediakan banyak kemudahan untuk orang Islam. 

Jom Bercuti Ke Almaty, Kazakhstan, Nikmati Bandar Dikelilingi Keajaiban!

Negara Kazakhstan tidak asing lagi buat pelancong yang bercuti ke Eropah, namun bagi yang belum pernah mendengar, Kazakhstan adalah salah sebuah negara yang wajib dikunjungi!

Untuk pengetahuan, wilayah Almaty, Kazakhstan menerima lonjakan luar biasa untuk ketibaan pelancong yang mana peningkatan berlaku hampir tiga kali ganda dalam bilangan pelancong, berjumlah kira-kira 1.2 juta setiap tahun. Wow, seriuslah?!

Kebanyakan pelancong ini berasal dari negara Rusia, China, Uzbekistan, Kyrgyzstan, dan Turki, serta Almaty dan wilayah sekitarnya sangat mengalu-alukan pelawat dari Korea Selatan, Ukraine, Jerman dan Tajikistan untuk berkunjung secara kerap. Wah, mesti bestkan?

Memang best pun sebab negara ini mempunyai pelbagai daya tarikan menarik, budaya yang pelbagai dan anda boleh nikmati 4 musim dalam masa yang sangat singkat tau. Biar betul?!

Almaty adalah sebuah wilayah yang sangat unik dan dikelilingi oleh pergunungan serta terdapat lima taman negara hanya dalam jarak 30 minit pemanduan, dan setiap destinasi mempunyai perbezaan ketinggian sebanyak 3,600 meter. Patutlah boleh rasa 4 musim. 

Alami Pengalaman Menarik Bermain Ski Luncur Salji Di Shymbulak Ski Resort!

AA 1

Kalau anda teringin nak merasai sendiri keindahan salji atau bermain ski, anda boleh pergi ke Shymbulak Ski Resort yang terletak di pergunungan Zailiuskiy Alwatau. 

Gunung berketinggian 2,260 meter dari paras laut dan terletak sekitar 25 km dari wilayah Almaty ini mempunyai suhu yang sangat dingin serendah -25 darjah Celcius tau. Pergh, sejuknya!

AA 2

Untuk ke puncak, anda boleh menaiki  3 lif ski di resort untuk menaiki titik tertinggi pada 3,200 meter di atas paras laut dan dari situ anda boleh melihat pemandangan pergunungan yang sangat cantik serta anda boleh nampak kehijauan bumi tasik sekitar Tien Shan!

Lepas dah seronok main salji dan ski di Shymbulak Ski Resort, anda boleh ke Kolsay Lake untuk menghirup udara segar serta mengecapi keindahan flora dan fauna yang sangat mempersonakan! 

Pencinta Alam Semula Jadi Confirm Terpegun Dengan Keindahan Kolsay Lake

AA 3

Kolsay Lake yang terletak sejauh 300 km dari tenggara Almaty ini mempunyai 3 jenis tasik dan terbentuk akibat daripada gempa bumi kuat yang berlaku pada akhir abad ke-19. 

Kesan daripada gempa bumi itu, sejumlah batu besar dan tanah telah membanjiri gaung di beberapa kawasan mengakibatkan empangan semula jadi ke sungai terbentuk dan mengalir di dasar george, maka terbentuklah tasik. 

AA 5

Apa yang menarik dengan Kolsay Lake ini adalah, selain daripada mempunyai pemandangan hijau flora dan fauna, warna tasik ini akan berubah mengikut cuaca seperti biru tua, turquiose atau hijau dan airnya sangat jernih tau! Siapa yang pencinta alam semula jadi confirm suka!

Kalau anda rancang untuk tinggal sedikit lama di Kolsay Lake, anda boleh menginap di Kampung Saty yang menawarkan beberapa rumah tamu serta anda berpeluang untuk merasai sendiri air tangan orang Kazakhstan masak masakan tradisional tau!

Terpukau Dengar Bunyi Daripada Padang Pasir

aa11

Tak lengkaplah 4 musim kalau tak ada musim panas betul tak? Apabila melancong ke Almaty, ramai pelancong akan suka datang ke Singing Dunes sebab mempunyai fenomena alam yang sangat unik apabila musim panas.

Pernah dengar tak bunyi pasir? Kalau selama ni anda dengar daripada drama atau iklan, kini anda boleh dengar sendiri secara live di Singing Dunes!

Singing Dunes yang terletak di Taman Negara Altyn-Emel di wilayah Almaty ini adalah sebuah gunung pasir berketinggian 150 meter.

AA 7

Gunung pasir sepanjang 3 km ini mempunyai fenomena alam cukup terkenal yang mana apabila cuaca menjadi sangat kering, pasir-pasir di gunung ini akan mengeluarkan bunyi serupa dengan alunan organ. Uish, seriuslah?!

Selain daripada bunyi pasir, Singing Dunes ni juga menjadi destinasi popular pelancong untuk aktiviti luar seperti paragliding dan berakit. 

Keunikan Pembentukan Batu Charyn Canyon Ini Pasti Buat Anda Terpesona!

AA 8Untuk musim keempat dan terakhir, iaitu musim luruh, apa kata anda alami keunikan pembentukan batu-batu yang menarik di Charyn Canyon!

Charyn Canyon adalah sebahagian daripada Taman Negara Charyn Canyon yang merentasi Sungai Charyn, salah satu sungai terdalam di pergunungan Tien Shan Utara.

Untuk pengetahuan, setelah lebih daripada 12 juta tahun, angin, air dan pasir telah mengukir batu pasir merah Charyn dan membentuk batu dengan rona warna yang berbeza-beza daripada warna oren hingga coklat muda tau. 

AA8

Apa yang membuatkan Charyn Canyon ini menjadi hotspot pelancong adalah pembentukan batu-batu dan tebing ini menyerupai figura unik, membuatkan ia digelar sebagai Valley of Castles, the Devil’s Gorge and the Ghosts Gorge.

Charyn Canyon ini mempunyai 5 jenis iaitu the Valley of Castles, the Temirlik Canyon, the Yellow Canyon, the Red Canyon, serta the Bestamak Canyon, dan daripada 5 Canyon ini, the Valley of Castles adalah Canyon yang paling ramai kunjungi. 

Negara Majoriti Beragama Islam, Senang Cari Makanan Halal!

Dah penat berjalan merasai pengalaman 4 musim ni, mesti anda nak rasa makanan-makanan unik di Almaty, Kazakhstan betul tak? Tapi, senang ke nak cari makanan halal?

Jangan risau, lebih kurang 98% populasi penduduk Almaty adalah beragama Islam, mestilah senang nak cari makanan halal. Meh kami kongsikan beberapa restoran yang recommended:

– Safar Restaurant

– Ozyurt Restaurant

– Ketchup Almaty Restaurant

– Alasha Restaurant

– Khalal Palau Restaurant

– Rumi on Abylay Khan

Sebenarnya banyak lagi restoran-restoran yang menawarkan makanan halal tau. Kalau nak tahu, anda kena pergi ke Almaty, Kazakhstan! 

Psst, kalau nak cari masjid untuk beribadah pun sangat senang, ada 3 masjid yang anda boleh kunjungi seperti:

– Almaty Central Mosque

– Baiken

– Yntymak Mosque

AirAsia Buka Destinasi Baru, Promo Ke Almaty Jauh Lebih Berpatutan!

Fuh, best kan kalau dapat travel pergi Almaty ni? Dah lah dapat rasa 4 musim dalam satu masa, dapat nikmati pemandangan lawa, banyak aktiviti menarik, makanan Halal pun senang dapat! 

Psst, nak tahu apa yang lagi best? AirAsia ada promosi khas untuk ke Almaty tau! Wah, seriuslah?!

Memandangkan ini adalah perkhidmatan kali pertama ke Almaty, Kazakhstan, AirAsia berbesar hati menawarkan tambang pada harga berpatutan dari Kuala Lumpur ke Almaty pada RM1,499 dan RM3,399 untuk Premium Flatbed.

AA10

Tempoh pelancongan bermula dari 14 Mac sehingga 26 October 2024 tau. Jadi, cepat tempah tiket penerbangan AirAsia sekarang, tempahan bermula dari sekarang hingga 10 Disember 2023.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi AirAsia atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...