AirAsia Umumkan Lanjut Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga 2 Tahun

COVID-19

AirAsia Umumkan Lanjut Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga 2 Tahun

Akibat penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan, ramai yang terpaksa membatalkan atau menunda penerbangan yang telah ditempah awal. Jadi mereka ini pastinya cuba mendapatkan refund bayaran tiket yang telah dibeli.

Berita baik untuk anda yang telah menempah penerbangan di AirAsia, kini AirAsia melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.

Advertisement

Selain itu, pelanggan juga diberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.

Pelanggan yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh membuat pilihan.

Dua pilihan diberikan AirAsia kepada pelanggan.

1.Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had.

Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi pertukaran tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada kekosongan tempahan tempat duduk.

2.Akaun kredit.

Pelanggan boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar bersamaan 2 tahun dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang.

Bagi pelanggan yang telah menerima akaun kredit sebelum pengumuman ini juga boleh memohon untuk melanjutkan tempoh sah akaun kredit mereka yang belum digunakan melalui AVA di laman web AirAsia.

sumber : RojakDaily

AirAsia menyatakan susulan krisis COVID-19 yang melanda dunia, syarikat mereka mengalami peningkatan pertanyaan yang maksimum buat masa ini. AirAsia akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada pelanggan.

“AirAsia mempunyai hak untuk mengumumkan sebarang polisi baharu berdasarkan perkembangan terkini berkenaan situasi COVID-19.”

Untuk maklumat terkini penerbangan pelanggan dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di AirAsia.com/flightstatus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...