January 9th, 2018

Semalam secara rasminya, selebriti popular Neelofa memulakan tugasnya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia.  Bermula dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di ibu pejabat syarikat penerbangan tersebut, Neelofa akui ia satu pengalam yang tidak boleh dilupakan oleh beliau sepanjang hidupnya.

Menerusi akaun Twitternya, Neelofa berkata beliau disambut baik oleh “keluarga” barunya itu dan cukup teruja menjadi sebahagian daripada syarikat penerbangan tambang murah terkenal di dunia.

Netizen juga mengucapkan tahniah dan cukup berbangga dengan pencapaian Neelofa dan menjadikan beliau sebagai idola mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fenandes pada 8 Disember 2017 lalu memberitahu pelantikan Neelofa itu sudah mendapat persetujuan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah. Mereka yakin pengalaman Neelofa dalam bidang perniagaan serta sikap berdikari dan pintarnya mampu mencetuskan transformasi baru untuk AirAsia sentiasa berada di hadapan.


73 responses to “AirAsia Menyambut Baik Kehadiran Saya – Neelofa Kongsi Rasa Teruja Mula Tugas Di AirAsia”

  1. Anonymous says:

    Soalan utama….
    1. Adakah pramugari Air Asia akan mula berhijab semasa menjalankan tugas?
    2. Adakah Neelofa akan menaiki AA saja mulai sekarang?
    3.Adakah neelofa akan mengilai macam mak lampir semasa mesyuarat bod nanti?

  2. Lopok says:

    Hey..puji2 lah saya…saya akan kasi mee maggie free kalau korang naik AirAsia!!!

  3. Anonymous says:

    bagus tu. ye lah takde org nk amik ko berlakon yg keras mcm kayu pokok ketapang tu wouii!!!

  4. Anonymous says:

    Budget airlines pun bangga. So delusional…

  5. Ayie says:

    Rating Meletop pun dah teruk. Dah nk kena buang sikit hari lagi. Tak sabar tunggu pengacara baru yg lebih berkaliber drp si gedik ni..

Loading...