Semalam secara rasminya, selebriti popular Neelofa memulakan tugasnya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia. Bermula dengan menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) di ibu pejabat syarikat penerbangan tersebut, Neelofa akui ia satu pengalam yang tidak boleh dilupakan oleh beliau sepanjang hidupnya.
Menerusi akaun Twitternya, Neelofa berkata beliau disambut baik oleh “keluarga” barunya itu dan cukup teruja menjadi sebahagian daripada syarikat penerbangan tambang murah terkenal di dunia.
Netizen juga mengucapkan tahniah dan cukup berbangga dengan pencapaian Neelofa dan menjadikan beliau sebagai idola mereka.