AirAsia Lantik Semula Pekerja Yang Diberhentikan Untuk Bekerja Di Laman E-Dagang OurFarm

Trending

AirAsia Lantik Semula Pekerja Yang Diberhentikan Untuk Bekerja Di Laman E-Dagang OurFarm

Pada bulan Jun yang lalu, syarikat tambang rendah AirAsia telah memberhentikan kira-kira 300 pekerja mereka akibat penangan pandemik ini. Di dalam bulan yang sama juga, AirAsia telah menceburi bidang perniagaan berasaskan pertanian dengan menghubungkan para petani terus kepada perniagaan menerusi platform OurFarm.

Platform baru itu akan membolehkan perniagaan kecil mengurangkan kos perolehan hasil segar kerana boleh berhubung terus dengan pengeluar pertanian. Kini OurFarm berkembang di mana kebanyakan kakitangan baru yang dilantik adalah bekas kakitangan AirAsia yang baru saja diberhentikan.

Advertisement

Antaranya adalah Hazree (Erry) yang telah bersama AirAsia X sebagai anggota kru kabin kanan selama hampir 12 tahun. Sebelum itu, dia akui terkejut dan sedih ketika menerima berita pemberhentiannya pada bulan Jun lalu. Namun kini, dia sekali lagi bersama AirAsia sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan untuk OurFarm setelah kembali bekerja kira-kira 3 minggu yang lalu.

airasia ourfarm

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana AirAsia kembali melantik pekerja selepas apa yang berlaku. Lalitha selaku CEO OurFarm memberitahu walaupun syarikat penerbangan itu tidak beroperasi sepenuhnya untuk penerbangan luar negara tetapi bahagian lain syarikat masih lagi beroperasi.

Selain pengambilan pekerja baru mereka, OurFarm juga berkongsi bahawa mereka telah menerima pelanggan pertama mereka, sebuah restoran bernama Tres Pollos Charcoal Chicken di Nilai. Apa yang mengejutkan, tiga pengasas restoran itu adalah krew kabin mereka sendiri iaitu Irawan (14 tahun di AirAsia X), Carlo (9 tahun di AirAsia X) dan Noel (7 tahun di AirAsia).

Namun, Lalitha memberi jaminan bahawa ini tidak bermaksud bahawa OurFarm hanya akan memilih perniagaan dan layanan yang dikendalikan oleh Allstars yang lain. OurFarm sudah mempunyai hampir 200 pelanggan di dalam senarai menunggu mereka untuk dilayan dan lebih banyak lagi yang menghubungi mereka dari hari ke hari.

OurFarm merancang untuk berkembang menjadi pasukan lebih besar ketika mereka mula mengembangkan operasi ke bahagian Timur juga, bermula dengan Sabah pada bulan Ogos. Setelah mengumpulkan tenaga kerja yang mencukupi, mereka akan dapat beroperasi dengan kuat.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...