AirAsia Kini Membolehkan Penumpang Membawa 2 Bagasi Tanpa Daftar Masuk

Trending

AirAsia Kini Membolehkan Penumpang Membawa 2 Bagasi Tanpa Daftar Masuk

Bermula 7 Julai, AirAsia mengumumkan bahawa penumpang kini dibenarkan membawa dua bagasi yang tidak melebihi berat keseluruhan 7kg.

Dasar baru ini mebolehkan penumpang membawa satu beg kabin yang sesuai dengan ruang simpanan overhed dan satu beg kecil atau beg komputer riba yang perlu diletakkan di bawah tempat duduk di hadapan penumpang. Bagi bagasi yang melebihi berat keseluruhan 7kg perlu didaftar masuk.

Advertisement

Sebelum ini, AirAsia hanya membenarkan setiap penumpang membawa satu bagasi dengan berat keseluruhan 5kg untuk meminimumkan jarak sosial antara bagasi penumpang.

Syarikat penerbangan itu kemudiannya mengubah polisi untuk membolehkan setiap penumpang membawa hanya satu bagasi dengan berat keseluruhan 7kg.

Selain daripada polisi bagasi baru, syarikat ini telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan dan prosedur keselamatan yang baru.

Penumpang diminta memakai topeng muka sebelum, semasa, dan setelah penerbangan, serta semasa daftar masuk dan pengambilan bagasi. Mereka yang tidak memakai topeng muka tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan.

Sesuai dengan prosedur keselamatan ini, AirAsia telah melaksanakan sistem pembayaran dan kiosk tanpa sentuhan di setiap lapangan terbang.

Di samping itu, penumpang diminta untuk mengimbas kod QR semua pas masuk di pintu masuk dan bukannya lagi menggunakan pas cetakan fizikal.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...