AirAsia Guna Barang Dalam Kapal Terbang Hasilkan Pakaian Di Kuala Lumpur Fashion Week 2019

Fesyen

AirAsia Guna Barang Dalam Kapal Terbang Hasilkan Pakaian Di Kuala Lumpur Fashion Week 2019

AirAsia telah melancarkan koleksi pakaian dan aksesori dengan kerjasama jenama fesyen tempatan, Projek Jahat di Kuala Lumpur Fashion Week 2019.

Itulah tema kolaborasi AirAsia Foundation bersama jenama Projek Jahat.

tema projek jahat

Advertisement

Pengarah Eksekutif AirAsia Foundation (AAF) Yap Mun Ching berkata, kali ini mereka akan menggunakan barang-barang dalam kapal terbang seperti jaket keselamatan, tali pinggang keselamatan, kulit daripada kerusi kapal terbang itu sendiri untuk dijadikan pakaian.
menggunakan barang-barang dalam kapal terbang

Bagi Kurator Projek Jahat Mohd Faizul Isa, atau lebih dikenali sebagai Joe, koleksi tersebut mengetengahkan kepentingan kelestarian fesyen.
Fesyen jahat ini mengetengahkan kelestarian fesyen

Semasa Minggu Fesyen tahun lepas, Joe telah mempamerkan koleksi pelbagai potongan denim yang dipakai semula, menjadikan beliau sebagai ‘Pereka yang paling menarik perhatian’ di KLFW 2018.

Kami mahu menunjukkan bahawa bahan buangan boleh dipakai semula dengan idea-idea baharu. Kali ini, kami mengetengahkan interpretasi prinsip ekonomi berkongsi untuk mencipta koleksi yang boleh disesuaikan dengan pemakai, tanpa mengira jantina atau saiz.

Advertisement

Lebih menarik lagi, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memakai salah satu rekaan kolaborasi ini iaitu jaket kulit yang dihasilkan daripada kulit tempat duduk kapal terbang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pakai salah satu rekaan

Kalau anda berminat ke dengan koleksi-koleksi ini?

Sumber: The Sun Daily, Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...