AirAsia Gantung Hampir Semua Penerbangan Bermula Esok Untuk Sementara Waktu Ini

COVID-19

AirAsia Gantung Hampir Semua Penerbangan Bermula Esok Untuk Sementara Waktu Ini

Susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, syarikat penerbangan AirAsia kini membuat keputusan untuk menggantung semua penerbangan antarabangsa untuk operasi di Malaysia, Thailand dan Filipina bagi sementara waktu.

Manakala bagi AirAsia Indonesia, kumpulan itu akan mengurangkan kekerapan penerbangan antarabangsa, sementara operasi domestik masih lagi diteruskan pada jumlah kekerapan yang akan dikurangkan.

Advertisement

Sementara itu, bermula 28 Mac sehingga 21 April 2020 ini, AirAsia Malaysia akan menggantung semua penerbangan antarabangsa dan domestik untuk sementara. Langkah ini terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan yang bertugas di dalam tempoh yang genting ini.

Syarikat akan terus menilai keadaan dari semasa ke semasa dan bersedia untuk meneruskan kembali perkhidmatan sebaik sahaja keadaan bertambah baik, tertakluk kepada kelulusan pengawal seliaan.

Turut mengambil langkah yang sama, AirAsia Filipina menggantung sementara penerbangan antarabangsa dan domestik dari 20 Mac hingga 14 April 2020, ketika tempoh kuarantin komuniti di Luzon serta di bahagian lain di negara tersebut.

AirAsia India tidak ketinggalan menggantung penerbangan domestik mereka memandangkan kumpulan itu tidak melakukan penerbangan antarabangsa. Penggantungan penerbangan selama 21 hari bermula 25 Mac ini dilakukan bagi mematuhi penggantungan dilaksanakan kerajaan bagi semua penerbangan domestik.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...