AirAsia Bakal Tamatkan Perkhidmatan 111 Kru, 172 Juruterbang Dan 50 Jurutera

Trending

AirAsia Bakal Tamatkan Perkhidmatan 111 Kru, 172 Juruterbang Dan 50 Jurutera

Berita menyedihkan buat pekerja syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia apabila syarikat itu membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan sejumlah pekerja mereka. Seramai 111 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera akan ditamatkan perkhidmatannya sebagai usaha mengecilkan operasi syarikat.

Menerusi sesi taklimat bersama kakitangan syarikat berkenaan pada tengah hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad iaitu Riad Asmat merupakan individu yang bertanggungjawab mengumumkan perkara itu. Menurut sumber, pekerja yang terlibat akan dimaklumkan menerusi e-mel dalam tempoh 24 jam.

Advertisement

Walau bagaimanapun, AirAsia berjanji akan memberikan pampasan pada mereka yang terkesan.

Riad memberitahu situasi yang dihadapi AirAsia Berhad kini adalah amat sukar dan semua langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman dan luaran adalah tidak mencukupi. Malah, beliau turut meminta maaf kepada kru AirAsia dan menegaskan, syarikat tiada pilihan lain yang boleh diambil pada masa ini selain melakukan penstrukturan semula organisasi.

Namun, dia tidak dapat memberikan jaminan seberapa lama tempoh yang diperlukan bagi mengembalikan keadaan kepada normal. Penularan wabak COVID-19 masih lagi tidak menjanjikan perkembangan yang baik buat masa ini.

Malah, Malaysia juga menunjukkan peningkatan kes COVID-19 hari ini yang melonjak kepada 277 kes. Dengan peningkatan kes sedia ada, pastinya memberikan kesan kepada syarikat di dalam industri penerbangan untuk kembali beroperasi.

Setakat ini juga, tidak ada kepastian bagaimana dengan nasib para pekerja yang tidak diberhentikan sama ada akan mengalami pengurangan gaji mahupun tidak. AirAsia X (AAX) turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja melibatkan tenaga kerja Malaysia dan asing, namun jumlah yang terlibat tidak diumumkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...