AirAsia Bakal Mengurangkan Jumlah Pekerja Sekali Lagi Pada Hujung Bulan Ini

COVID-19

AirAsia Bakal Mengurangkan Jumlah Pekerja Sekali Lagi Pada Hujung Bulan Ini

Seperti mana yang diketahui, pandemik global COVID-19 ini telah memberi kesan atau impak kepada pelbagai industri termasuk industri penerbagan.

Advertisement

Terkini, menurut Astro Awani, AirAsia bakal memberhentikan sebahagian besar dari pekerja mereka pada hujung September 2020. Ini merupakan kali kedua syarikat penerbangan ini memberhentikan pekerja-pekerja mereka.

Pada bulan Jun lepas, sebanyak 300 pekerja telah diberhentikan, namun tiada angka yang telah dikenalpasti untuk fasa pemberhentian kali ini. 

Menurut sumber, Pegawai Pengurusan AirAsia Berhad, Riad Asmat telah membuat pengumuman tersebut, dan kesemua pekerja yang terkesan akan diberi notis 24 jam. Kami jangkakan sekurang-kurangnya 100-200 pekerja bakal diberhentikan namun tiada kata putus yang diberikan setakat ini.

Walaupun diberhentikan, semua pekerja yang terkesan akan terus menerima faedah perubatan dan juga diskaun penerbangan sehingga bulan Disember 2020.

Namun, Riad juga telah memberitahu bahawa, kesemua pekerja yang tidak diberhentikan pada fasa ini perlu menerima potongan gaji supaya syarikat penerbangan ini mampu menghadapi pandemik COVID-19 dari segi kewangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...