Menurut muat naik terbaru Air Selangor menerusi laman sosial mereka, bermula dari 12 Januari 2021, 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, 4 kawasan di Wilayah Klang dan 10 kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air.
Berikut adalah lokasi yang bakal terjejas pada 12 Januari ini
Gangguan bermula dari 9 pagi 12 Januari 2021 hingga 9 pagi 14 Januari 2021.
Menurut Air Selangor lagi, gangguan ini disebabkan oleh kerja penyelenggaran di kilang Carlsberg @ Persiaran Selangor di Seksyen 15 Shah Alam.
Dengan selesainya kerja atau implementasi ini, pengagihan sumber air akan berjalan lebih lancar dan efisien di masa yang akan datang.