“Air RM8, Burger RM16!” – Bazar TTDI Terlalu T20, Pengunjung Tak Sangka Harga Makanan & Minuman Tak Masuk Dek Akal

Kehidupan

“Air RM8, Burger RM16!” – Bazar TTDI Terlalu T20, Pengunjung Tak Sangka Harga Makanan & Minuman Tak Masuk Dek Akal

Rasanya sejak bermulanya bulan Ramadan minggu lalu, pengunjung yang pergi membeli di bazar Ramadan pasti akan meluahkan rasa tidak puas hati, sama ada dari segi harga ataupun kualiti makanan.

Harga tak masuk akal

Terbaru di platform TikTok, seorang pengunjung yang pergi ke bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mengadu bahawa harga makanan dan minuman disana terlalu mahal.

Advertisement

Kata wanita itu, dia tidak sangka harga air balang untuk secawan boleh mencecah hingga RM8, biarpun penjual hanya menggunakan cawan plastik.

Satu burger berharga RM16! Padahal harga itu tidak termasuk kentang goreng atau air minuman.

Bazar untuk golongan T20

Wanita yang bernama Marissa itu juga mengimbas kembali pengalamannya dengan menyifatkan bazar Ramadan TTDI sebagai ‘bazar T20’, sambil berkata bahawa barangkali keuntungan lebih diutamakan berbanding kualiti makanan.

Hal ini telah membimbangkan netizen yang merasakan ia sudah menjadi satu budaya baru di Malaysia, tetapi dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen yang merasakan masih ada bazar-bazar di kawasan terpencil yang menawarkan harga makanan serta minuman berpatutan.

bazar
9 months ago

Juadah Di Bazar Selalu Mengecewakan Dan Tak Padan Harga? Ini Senarai Makanan 'Problematic' Dijual Di Bazar Ramadan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...