“Air Naik Terlalu Cepat, Tak Fikir Harta Benda..” Rumah Tenggelam, Yantzen Tidur Atas Bumbung

Hiburan

“Air Naik Terlalu Cepat, Tak Fikir Harta Benda..” Rumah Tenggelam, Yantzen Tidur Atas Bumbung

Penyanyi rock terkenal, Yantzen dilaporkan antara mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di Hulu Langat, Selangor, hujung minggu baru-baru ini.

Ujar Yantzen, dia berdepan dengan situasi menakutkan apabila terpaksa memanjat bumbung rumahnya berikutan paras air naik secara mendadak ketika kejadian banjir itu berlaku.

Advertisement

Katanya, dia hanya sempat mencapai beg pakaian sebelum mendapatkan perlindungan di atas bumbung sambil semalaman menahan kesejukan menunggu bantuan datang.

Air naik terlampau cepat dan deras, cuma sempat bawa sebuah beg. Tiada cara lain terpaksa panjat bumbung bagi menyelamatkan diri. Dah tak fikir harta benda.

Masa itu memang pasukan penyelamat pun tak dapat masuk sebab jalan dinaiki air. Beberapa jam kemudian bantuan tiba, semua mangsa termasuk saya dibawa ke PPS.

Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan,63, difahamkan kini sedang menumpang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) memaklumkan bahawa dia masih belum menjeguk kediamannya yang terletak di Taman Sungai Serai Tambahan setelah air banjir surut.

YantzenSumber : Berita Harian  

Vokalis kumpulan muzik Rusty Blade dan May itu berkata dia akan menunggu bekalan air dan elektrik disambung semula bagi urusan membersihkan rumah.

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak penyelamat terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkandas akibat bencana banjir itu.

2 years ago

"Truly Legend!" - Netizen Puji 'Abang Azwan', Bawa Bot Dari Melaka Untuk Bantu Mangsa Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...