Air Naik Paras Dada, Enot Sedih Rumah Keluarga Di Seremban Dilanda Banjir

Hiburan

Air Naik Paras Dada, Enot Sedih Rumah Keluarga Di Seremban Dilanda Banjir

Rumah keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan dilanda banjir teruk, pelakon dan pelawak, Enot zahir rasa sedih.

Advertisement

Menurutnya, kediaman keluarganya di Kampung Batu 3, Mambau itu dimasuki air hingga ke paras dada.

Enot juga turut berkongsi foto keadaan foto keadaan rumah keluarganya itu menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya.

“Banjir tengah malam tadi. Tahu-tahu sahaja air dah penuh, naik paras dada. Nasib baik malam tadi adik tak kerja, ada dengan mak (mak tiri). Kalau dia seorang diri lagilah, menangis.”

Lebih perit, segala kelengkapan dan barangan keperluan untuk majlis kenduri kahwin adik lelakinya juga turut musnah akibat dilanda bencana tersebut.

“Kenduri kahwin patut buat hari itu, tapi kes meningkat, tak jadi. Jadi, beras dan barang-barang masih ada banyak lagi, habis semua (rosak). Habis rosak set katil kahwin baru. Ingat nak tunggu buat bulan Disember bila keadaan dah okay, tapi dah jadi macam ni memang tak ada lah kenduri.”

Bagaimanapun, kini Enot memaklumkan, air di kawasan perkampungan itu khabarnya mulai surut sebelum kerja-kerja pembersihan dilakukan.

“Air dah surut pagi ini, mereka tengah mencuci. Nasib kakak yang tinggal di Senawang boleh balik tolong mak bersihkan rumah sebab saya nak balik tak boleh PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).”

Untuk rekod, Seremban tempoh hari diduga dengan bencana penuh tragis apabila daerah tersebut khabarnya ditimpa banjir kilat.

Kawasan terjejas ialah Taman Happy dan Kampung Datuk Mansor di Rasah; Blok C Ampangan, Taman Bukit Chedang, Kampung Batu Tiga Mambau, Taman Angsamas dan Kampung Linsum, Kampung Kuala Sawah serta Siliau di Rantau.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...