Air Mata Mengalir Kali Pertama Jejak Tanah Suci – Louisa Chong Kongsi Pengalaman Sebagai Saudara Baru

Hiburan

Air Mata Mengalir Kali Pertama Jejak Tanah Suci – Louisa Chong Kongsi Pengalaman Sebagai Saudara Baru

Lama kita tidak melihat pelakon dan pelawak, Louisa Chong di kaca televisyen atau di layar perak. Ramai yang tidak tahu sebenarnya dia sudah memeluk agama Islam dan kini dikenali sebagai Louisa Alissa Chong Abdullah.

louisa chong peluk islam

Advertisement

Baru-baru ini, dia turut berkongsi perjalanannya sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci dan pada masa yang sama bercerita kisah duka yang menjadi kekuatan untuk dirinya terus mengharungi segala dugaan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Dugaan suami hidap angin ahmar sehingga koma

louisa chong

Betapa sebaknya dia apabila mengenangkan nasib dihadapi suaminya yang menghidap angin ahmar sehingga koma.

Suami saya menghidap tiga strok dan ia sangat serius sehingga muntah darah dan akhirnya koma. Ketika dia koma, saya tak tahu nak buat apa.

Kalau saya cerita, nanti orang kata saya minta simpati. Saya tak ada niat sebegitu.

Terima ujian dari Allah SWT, tidak pernah putus asa

Dia terima ujian dari Allah SWT dan pada masa yang sama tidak pernah berputus asa. Tidak mahu meminta simpati orang ramai, Louisa ingin membuktikan bahawa dia mampu berdepan cabaran tersebut meskipun baru sahaja bergelar mualaf.

Saya tak kata saya seorang yang alim, tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf saya tak pernah putus asa dan ketika itu saya redha jika Allah nak tarik nyawa suami saya.

Kehidupan di dunia ini memang penuh dengan ujian. Tidak dinafikan, agak  perit dan pedih utk menghadapinya tetapi kena faham konsep “ujian” itu, ia untuk mematangkan lagi diri kita dan mengajar kita ertia untuk tidak putus asa dan terus berjuang. Semoga perkongsian Louisa ini dapat memberikan maanfaat buat semua.

Sumber Berita & Video :  JayIbrahim Al Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...