Air Kencing Warna Hijau Akibat Guna Produk Tidak Berdaftar Hingga Kritikal Dan Terlantar Di ICU

Trending

Air Kencing Warna Hijau Akibat Guna Produk Tidak Berdaftar Hingga Kritikal Dan Terlantar Di ICU

Meskipun makin banyak laporan yang memaparkan kesan menggunakan produk yang tidak berdaftar, sesetengah rakyat Malaysia dilihat seperti memandang remeh akibat yang akan berlaku. Seolah-olah berani menanggung risiko yang boleh merosakkan kesihatan diri sendiri.

Advertisement

Memetik perkongsian dari Dr. Rafidah Abdullah, beliau telah berkongsi tahap kesihatan salah seorang pesakitnya yang menggunakan produk yang tidak berdaftar.

BAHANA PRODUK TIDAK BERDAFTAR

Ini contoh bahana produk tak berdaftar, mengandungi methylene blue. Air Kencing warna hijau! Pesakit masuk ICU, sebab masalah asal tak baik-baik pun; malah bertambah teruk lagi.

Kenapa lah masyarakat kita sanggup mengambil risiko sebegini rupa. Cukup-cukup lah. Nak elakkan penyakit?
Gaya hidup sihat cukup. Tak payah nak ambil apa-apa produk buatan manusia.

Yang menjanjikan bulan, bintang, universe, galaxy lagi jangan percaya. Maksudnya mereka masuk kan benda terlarang lah, pendapat saya.

Founder atau produk yang pasukan nya menjanjikan kekayaan lagi jangan percaya.

Anda akan terjerumus ke dalam gaung duitan yang akan mengelabui segalanya; sampai apa yang kami Pakar cakap pun mereka menidakkannya.

Saya berpendapat mereka ingin menebalkan kocek sendiri di atas kesengsaraan orang lain. Sikit pun mereka tidak kisah dengan kesihatan anda.

Insyaallah saya doakan masyarakat kita akan terus celik mata dan terbuka hati ke arah jalan yang benar.
Mari kita semua doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Tahniah kepada Dr Sathvinder Sidhu yang telah merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...