“Air Kencing Kemerahan” – Ibu Rawat ‘Napkin Rash’ Guna Inai, Bayi Berusia 42 Hari Terus Bertukar Pucat

Kehidupan

“Air Kencing Kemerahan” – Ibu Rawat ‘Napkin Rash’ Guna Inai, Bayi Berusia 42 Hari Terus Bertukar Pucat

Viral di media sosial Facebook baru-baru ini, satu hantaran oleh Public Health Malaysia (PHM) yang berkongsi kisah mengenai seorang bayi yang terpaksa dikejarkan ke hospital telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, bayi yang berusia 42 hari itu telah datang ke hospital dengan keadaan badannya kekuningan, pucat, dan air kencing yang kemerahan selama dua hari.

Advertisement

Difahamkan, keadaan itu berpunca daripada ibunya yang merawat radang kulit bayi atau napkin rash dengan menggunakan inai.

napkin rash

Setelah pemeriksaan dilakukan, HB nya jatuh kepada 6gm/dl dan terdapat kekurangan G6PD.

Jelas PHM, terdapat bahan di dalam daun inai dikenali sebagai Lawson yang digunakan untuk terapi penyakit kulit tertentu. Di dalam kajian, sebatian kimia ini boleh menyebabkan sel darah terurai dan pecah.

Penggunaan inai kebiasaanya adalah selamat. Kecuali pada mereka yang mempunyai allergik.

Jadi, PHM menyarankan untuk mengelak penggunaan inai jika seseorang itu mempunyai alahan kepada Lawsonia Inermis.

inai

Tambahan lagi, tiada data kajian yang mengatakan inai selamat untuk digunakan di kalangan ibu mengandung atau menyusu.

Jika boleh, elakkan sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

telinga
2 years ago

"Pecah, Bocor" - Doktor Dedah Akibat Tabiat Suka Korek Telinga Dengan Besi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...