Belum sepenuhnya pulih, beberapa kawasan di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 kembali dilimpahi air disebabkan oleh aliran tersumbat pada longkang, seperti laporan Kosmo Online.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis di mana pihaknya telah melakukan tinjauan selepas penularan video yang memaparkan jalan raya yang dinaiki air di Jalan Tokoh 25/28 yang berlokasi berdekatan di sebuah loji kumbahan.
Video Taman Sri Muda mula dinaiki air petang ini dikongsi melalui ciapan sebentar tadi. Diharapkan agar penduduk Taman Sri Muda bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.#BuletinFM #tamansrimuda #banjir
Kredit Video : @jokerasya pic.twitter.com/Z3kXj6OnoG
— Buletin FM?? (@buletinfm) January 24, 2022
“Limpahan itu akibat longkang tersumbat dan air sudah pun mulai surut.” jelas Norazam.
Dalam video tersebut, individu yang merakam keadaan banjir itu meluahkan perasaan kecewa apabila tiada tindakan sewajarnya diambil terutamanya bagi membaiki pintu pam air.
“Ini kalau mereka tidak dapat buat apa-apa, kita akan boikot pada pilihan raya akan datang.” luah individu tersebut.