Air Kelapa Muda Untuk Musim Panas Sangat Baik?

Trending

Air Kelapa Muda Untuk Musim Panas Sangat Baik?

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman menyarankan orang ramai agar meminum air kelapa muda ketika cuaca panas sekarang kerana ia mampu mengembalikan suhu badan peminumnya kepada paras normal.

Advertisement

Air kelapa muda mengandungi elektrolit yang boleh membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran cuaca panas.

“Selain itu air kelapa muda sangat tinggi dengan kandungan potassium, klorida, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B komplek yang mampu mengawal tekanan darah, merendahkan kekejangan otot serta menaikkan selera makan dan minum ketika musim panas.

“Untuk lagi bagus, elak daripada mengambil air kelapa yang dicampur dengan gula. Beli sebiji kelapa muda yang belum dipotong dan minum airnya yang segar,” katanya kepada Bernama.

Selain meminum air kelapa muda, meminum air buah-buahan juga adalah antara tindakan yang baik untuk kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari Kerana ia mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potassium dan fruktosa (gula semula jadi buah) yang berperanan sebagai bekalan tenaga dalam badan.

Orang ramai juga perlu menstabilkan cecair dalam badan dalam keadaan cuaca yang amat panas dan kering ketika ini. Ia boleh dilakukan dengan meminum air sekurang kurangnya 2.5 liter air kosong bersamaan atau 10 hingga 12 gelas sehari.

Ketepatan masa makan seperti sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam kerana makanan juga boleh menyumbangkan sebahagian kepada jumlah cecair kepada badan.

Orang ramai juga perlu banyak memakan nasi lembut atau nasi bubur bagi meningkatkan jumlah kuantiti air dalam badan mereka selain mengambil ulam-ulaman untuk meningkatkan pelbagai mikronutrien dalam badan yang boleh membantu menggantikan makronutrien yang hilang akibat perpeluhan.

“Amalkan mengambil makanan yang dipotong kecil dan mudah dikunyah agar mudah dihadam dan diserap serta tidak memerlukan banyak tenaga untuk mengunyah dan meningkatkan haba badan dan perpeluhan,” kata Encin Ridzoni

Ridzoni turut menasihati orang ramai supaya mengelak daripada meminum kopi, air berkarbonat atau beralkohol kerana minuman itu memberi kesan diuretik.

“Minuman itu akan merangsang pengeluaran air kencing dan akibatnya badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus,” jelasnya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar menghindarkan mengambil makanan pedas kerana ia akan meningkatkan haba badan dan berlaku perpeluhan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...