Pelakon, Dazrin Kamarudin berdepan bencana banjir termasuk terkandas empat jam di jambatan berhampiran Taman Sri Muda, Shah Alam bersama isteri dan anak.
Menurut Dazrin, 33, dia dan keluarganya sebelum itu terpaksa bermalam di kilang permaidani yang diusahakan di Shah Alam berikutan laluan keluar dinaiki air.
Pelakon filem Seru itu turut berkongsi dia melihat sendiri bagaimana mangsa banjir diselamatkan dengan kediaman penduduk tenggelam hingga paras bumbung.
Bila sampai di kilang, kami gulung semua karpet dan letakkan di tempat tinggi. Risau takut banjir.
Namun, Dazrin menceritakan dia tidak dapat mencari jalan keluar kerana banyak laluan ditutup. Disebabkan itu, dia berpatah balik ke kilang dan membuat keputusan untuk bermalam di sana.
Kami terkandas lebih empat jam di jalan raya. Akhirnya, saya putuskan untuk berhentikan kenderaan di sebuah jambatan berhampiran Taman Sri Muda.
Dalam pada itu, Dazrin turut mengaku sangat tertekan apatah lagi memikirkan keluarga dalam bahaya.
Kalau saya sendirian tidak mengapa… Tetapi isteri dan anak ada bersama. Sepatutnya, saya tunggu air surut.
Bagaimanapun, dia bersyukur isteri dan anaknya selamat serta tiada kejadian tidak diingini berlaku selepas mendapat bantuan rakan-rakan untuk mencari jalan pulang.