Air Asia Tawarkan Peluang Mendapatkan Penerbangan Percuma Melalui Kempen ‘Shred & Fly’

Travel

Air Asia Tawarkan Peluang Mendapatkan Penerbangan Percuma Melalui Kempen ‘Shred & Fly’

Untuk sesiapa yang masih simpan kad kredit yang sudah tidak digunakan, kami ada berita baik untuk anda. Daripada anda simpan sahaja kad kredit tu, Air Asia nak bagi peluang untuk anda menang penerbangan percuma!

Kempen “Shred & Fly” adalah sebahagian daripada kempen “Earn BIG Live BIG” yang dilancarkan baru-baru ini oleh AirAsia BIG untuk menggalakkan orang ramai untuk berimpian besar dan melakukan sesuatu yang luar biasa.

Advertisement

Melalui mesin yang dipanggil “The Shredder”, anda boleh menyahut cabaran dengan memasukkan kad kredit yang tidak digunakan lagi ke dalam mesin. Tapi jangan risau, kerana anda tidak akan pulang dengan tangan kosong.

mesin the shredder
“The Shredder” akan ditempatkan di pelbagai lokasi dari 6 hingga 22 September, 2019. Antaranya di Minggu Muzik Malaysia di Dataran Merdeka (14-16 September 2019) dan kemudiannya di pusat membeli-belah MyTOWN (20-22 September 2019).

Pengunjung yang memotong kad kredit akan menerima sekurang-kurangnya 3,000 Mata Ganjaran AirAsia BIG sehingga maksimum 100,000 Mata Ganjaran AirAsia BIG dengan syarat permohonan Kad Kredit AirAsia telah berjaya dibuat.

the shredder air asia
Apa yang anda boleh buat dengan mata ganjaran tu? Mata Ganjaran BIG yang diperolehi boleh digunakan untuk menebus penerbangan percuma serta pelbagai tawaran pelancongan dan gaya hidup.

Antara manfaat Kad Kredit Air Asia ialah mendapat Mata Ganjaran BIG dengan setiap transaksi, naik taraf segera ke status Keahlian BIG Platinum dan tiada yuran tahunan untuk tahun pertama.

Pemegang kad ini boleh mendapatkan sehingga 6X Mata Ganjaran BIG dari perbelanjaan harian dan AirAsia*, dan memudahkan pengalaman perjalanan mereka dengan Keutamaan Daftar Masuk, Keutamaan Menaiki Pesawat dan Bagasi Xpress*.

pelancong bergambar di pulau

Instagram: AirAsiaBig

Selain itu, pemegang kad juga akan menikmati Hadiah Selamat Datang dan Bonus Suku Tahunan sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG*. Dengan Kad Kredit AirAsia, Ahli BIG boleh benar-benar #EarnBIGLiveBIG! (*tertakluk terma dan syarat)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Spencer Lee, melalui kempen ini Air Asia berusaha memastikan keperluan dan kehendak pelanggan dapat dicapai dengan pendekatan berbeza.

“Oleh itu, Kad Kredit AirAsia membolehkan lebih ramai orang menyelami pengalaman yang lebih hebat dan pelbagai, di mana aspirasi perjalanan dan gaya hidup semua orang dapat direalisasikan.”

Dengan Kad Kredit AirAsia, ini adalah cara terpantas untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG untuk menebus penerbangan AirAsia dengan mudah. Pameran bergerak “Shred & Fly” akan memberikan lebih daripada 8 juta Mata Ganjaran BIG secara keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Shred & Fly”, layari laman Facebook dan Instagram AirAsia BIG.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...