KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Air Algerie hari ini berkata ia telah hilang hubungan dengan sebuah pesawat penumpang miliknya hampir sejam selepas ia berlepas dari Bukina Faso ke Algiers.
Menurut laporan AFP yang memetik kata-kata agensi berita kebangsaan APS, syarikat penerbangan itu telah mengerakkan suatu pelan kecemasan untuk mencari pesawat AH5017.
Pesawat itu dilaporkan membawa 110 penumpang.