Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ainan Tasneem, Bakal Fenomena Selepas Najwa Latif?

Sebetulnya sudah agak lama juga Ainan Tasneem Ridzuan mencipta fenomena di laman YouTube, boleh dikatakan dia seangkatan dengan Najwa Latif, cuma mungkin rezeki Najwa terlebih dahulu menjadi artis rakaman. Namun Ainan juga tidak kurang hebatnya mencipta lagu-lagu sendiri disamping menyanyikan semula lagu-lagu popular artis yang lain melalui rangkaian YouTube ini.
Suara Ainan merdu dan lunak . Kami menjangkakan dia boleh pergi jauh dalam industri, terutamanya melalui lagu ‘Aku Suka Dia’. Khabar terbaru yang kami dengar ialah, Ainan akan mengeluarkan lagu ciptaannya tersebut dalam bentuk rakaman studio dan dia sedang menjalani penggambaran video klip lagu tersebut. Sekiranya anda masih belum mendengar lagu Ainan, boleh dengarkan di sini:-

Macam mana, best tak? Kalau best silalah like Fanpage Ainan Tasneem beramai-ramai untuk mendapatkan kemas kini terbaru berkenaan dirinya. Kredit gambar juga pada Fanpage Ainan Tasneem.

***

Advertisement

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan menganjurkan Uji Bakat Koir Kebangsaan Malaysia yang dijadual berlangsung pada 3 Mac 2012 di Bangunan MAS, Tingkat 23, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.Untuk makluman anda semua, uji bakat ini adalah terbuka kepada semua warganegara yang berminat dan berbakat dalam bidang seni suara. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ujibakat boleh menghubungi Urus Setia uji bakat di talian 03-20523600/ 3648/ 3734/ Shafuan 012 – 312 2540 atau YM Tunku Marina Tunku Dato’ Zubir ditalian 013-3680116. Untuk maklumat penuh, muat turun dokumen ini. Dengan itu juga tarikh ujibakat seperti yang diuar-uarkan pada 25 Februari sebelum ini adalah DIBATALKAN. Jangan lupa!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

129 Comments

  1. syasyaBI

    August 23, 2012 at 5:40 pm

    salam….wei npele bdop pompuan skang koya ngan utub… first yuna..boleh thanlekan…pas 2 pok latif yg koyo lawo..mke cam tuihh…n lastly.. pok ainan nme pon ntah pew3.. haaaq.. sume nak ikot kak yuna nyanyi n usung gitar pas 2 uplond kat utub ntah pe3LAH KORANG NIEE….woi.. sdar2lah… tok soh brangan sngat…DUNIA NIE IBARATKAN TANAMAN 4 AKHIRAT… fham2 jelah yep.. kejarlaah yg akhiraat 2 lgi pnting… bye… KAMSAHAMIDA..

  2. suhana

    June 20, 2012 at 3:46 pm

    ainan ni baik la,dulu masuk msu jap sblm masuk upm.dia nyanyi hobi je,tp xtau lak nape bleh kuar lagu single ni,huhu

    • a

      July 14, 2012 at 4:29 pm

      die bk bdk upm …tp unimap….

  3. bro x

    March 30, 2012 at 10:55 am

    bodo pnye komen nk mengutuk la diri sndri,yg kutuk tu tak laku patut jeles,lantak dia la nk jd artis,!ad bakat,lu ada apa? Hapa pn tarak! Gud luck ainan

  4. marlborro

    March 10, 2012 at 10:37 pm

    cute ke budak ni? make up je lebih ni ..suara pun ntah ape2x je la…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top