Ainan Tasneem Bakal Berkahwin Dengan Jurutera Tahun Hadapan, Buat Keputusan Untuk Berhenti Menyanyi

Hiburan

Ainan Tasneem Bakal Berkahwin Dengan Jurutera Tahun Hadapan, Buat Keputusan Untuk Berhenti Menyanyi

Anda masih ingat lagi dengan penyanyi Ainan Tasneem yanag bakatnya mula jadi perhatian ramai ketika beliau memuat naik video nyanyiannya di YouTube?

Advertisement

Jarang muncul di kaca tv, terbaru Ainan mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan seorang jurutera yang dikenali sebagai Ariff pada 7 Januari tahun hadapan hanya selepas dua bulan berkenalan.

Saya buat keputusan untuk menerima lamaran dia (Ariff), walaupun kami baharu sahaja berkawan sejak dua bulan lalu. Saya buat solat ikhtiharah setiap hari dan yakin dengan keputusan ini. Lagi pula kami memilih untuk mengenali lebih dekat selepas berkahwin nanti.

Keikhlasan hati Ariff berjaya memikat hati Ainan apatah lagi lelaki berkenaan cukup bertanggungjawab dan menjaga keluarganya dengan begitu baik sekali.

Semuanya berjalan dengan pantas dan Allah telah dipermudahkan urusan kami, keluarga kedua-dua belah pihak juga setuju dan mahu ia dilangsungkan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Saya juga sudah bersedia untuk berkahwin kerana sebelum ini saya banyak kali bercinta dan gagal dalam percintaan.

Pada masa yang sama, Ainan memberitahu beliau sudah mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang nyanyian selepas sah bergelar isteri. Keputusan beliau itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusannya MVM Music  walaupun Ainan masih lagi mempunyai empat bulan kontrak bersama syarikat berkenaan.

Saya yang buat keputusan untuk berhenti menyanyi selepas berkahwin dan saya sudah maklumkan hal ini kepada syarikat rakaman. Kontrak saya dengan MVM hingga April tahun depan dan rasanya mereka juga tidak menghalang pendirian saya ini.

Majlis akad nikah Ainan dan Ariff akan diadakan pada sebelah pagi pada 7 Januari di Hotel Blue Wafe Shah Alam, manakala majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah petang.

Tahniah kami ucapkan kepada Ainan Tasneem dan pasangan. Semoga segala persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...