Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ainan Tasneem Akui Hati Sudah Dimiliki

Sila jangan kecewa. Kalau anda menyimpan perasaan terhadap sensasi YouTube yang bernama Ainan Tasneem ini, lupakanlah sahaja hasrat murni anda itu. Menerusi Pancaindera semalam, Ainan mengakui yang hatinya sudah dimiliki. Namun Ainan masih ingin merahsiakan identiti kekasih hatinya itu.

kekasih ainan tasneem

Advertisement

Pengakuan sudah mempunyai kekasih ini dilakukan oleh Ainan Tasneem kerana tidak mahu hipokrit. Biasalah sesetengah artis nak jaga saham dengan mengaku single. Tup tup kantoi berdating dengan pakwe kat shopping compleks. Ainan tak nak perkara sebegitu terjadi. Kata Ainan:-

?Saya cuma mahu beritahu semua orang yang saya sudah berpunya. Jadi tak timbullah cakap-cakap orang bila nampak saya berjalan dengan dia di luar nanti. Saya tahu benda ini terlalu personal, tapi saya kena jelaskan. Saya tak nak dicop sebagai hipokrit. Bermati-matian mengaku dengan wartawan yang saya belum ada kekasih, walhal ada. Hanya itu nawaitu saya.

kekasih ainan tasneem

Semoga hubungan Ainan Tasneem yang popular dengan lagu “Aku Suka Dia” ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Kalau nak kahwin nanti, jangan lupa jemput. Boleh Abang Nara merasa makan nasik minyak. Hehehe

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

103 Comments

  1. ader aku kesah? ker nak kesah-kesah sikit?

    September 28, 2012 at 11:21 pm

    usya jer facebook AT, dyer relationship dengan saper. LOL.

  2. dat eskelated kuikly

    September 28, 2012 at 11:17 pm

    aku kenal sangat boyfriend dyer, siap satu kelas lagi. yang tak ley blah !! boyfriend dyer suggest aku suruh like page AT neh ahaha ader ker patut. kenal pun tidak pergh. boyfriend dyer sekarang kejer as a DJ di pagi hari ekeke.

  3. mm

    September 17, 2012 at 4:09 pm

    aku x kenal pun die ni sape..bile kuar headline ni baru pi google tgk.hahahaha..xdelah glamer mne pun.suara pun cover2..cuba nyanyi live confirm kelaut..blaja rajin2 dulu ye dik.baru pikir nak bercinta,jodoh 2 xkan kemana..

  4. benci minah meroyan

    September 12, 2012 at 12:55 am

    cite camni pon nak masuk .. nextttttttttt!!!!! grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top