Sila jangan kecewa. Kalau anda menyimpan perasaan terhadap sensasi YouTube yang bernama Ainan Tasneem ini, lupakanlah sahaja hasrat murni anda itu. Menerusi Pancaindera semalam, Ainan mengakui yang hatinya sudah dimiliki. Namun Ainan masih ingin merahsiakan identiti kekasih hatinya itu.
Pengakuan sudah mempunyai kekasih ini dilakukan oleh Ainan Tasneem kerana tidak mahu hipokrit. Biasalah sesetengah artis nak jaga saham dengan mengaku single. Tup tup kantoi berdating dengan pakwe kat shopping compleks. Ainan tak nak perkara sebegitu terjadi. Kata Ainan:-
?Saya cuma mahu beritahu semua orang yang saya sudah berpunya. Jadi tak timbullah cakap-cakap orang bila nampak saya berjalan dengan dia di luar nanti. Saya tahu benda ini terlalu personal, tapi saya kena jelaskan. Saya tak nak dicop sebagai hipokrit. Bermati-matian mengaku dengan wartawan yang saya belum ada kekasih, walhal ada. Hanya itu nawaitu saya.
Semoga hubungan Ainan Tasneem yang popular dengan lagu “Aku Suka Dia” ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Kalau nak kahwin nanti, jangan lupa jemput. Boleh Abang Nara merasa makan nasik minyak. Hehehe