Penyanyi bersuara merdu, Aina Abdul menjelaskan nama pentasnya dalam industri seni tidak dipilih sesuka hati.
View this post on Instagram
Menurut Aina, nama tersebut melambangkan dirinya yang sebenar. Turut menjelaskan bahawa penjenamaan seseorang anak seni bukanlah perkara baru, Aina berkata pemilihan nama tersebut dipilih dengan berhati-hati.
View this post on Instagram
“Sebenarnya nama Aina Abdul menunjukkan diri saya yang sebenar, dulu, ketika saya sertai Mentor, ramai yang ingat saya jenis yang menyanyi balada dan pakai dress. Tapi saya kembali menyanyi di kelab selepas itu di mana lagu-lagu saya nyanyikan lebih kepada elemen barat, jadi saya sedar saya bukanlah bawa imej Muslimah sepenuhnya.”
Menurut pemilik nama Nurul Aina Binti Abdul Ghani ini lagi, dia lebih selesa membawa imej gadis yang nakal namun ada segelintir peminat yang mengikutinya sejak awal lagi menyangka bahawa dia kini sudah berubah.
View this post on Instagram
“Saya sebenarnya naughty dan cheeky, jadi saya pilih nama Aina Abdul kerana ia sebahagian dari diri saya yang sebenar. Ada peminat sangka saya dah berubah, padahal apa yang saya pamerkan sekarang adalah diri saya yang sebenar.” ujarnya Aina lagi.
Dalam perkembangan lain, Aina mempertaruhkan hasil ciptaannya sendiri berjudul Semalam yang akan bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), hari ini.