Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TERBARU)Ain, Kembar Ekin Bakal Kahwini Duda Anak 3

ain kembar ekin

Lantak la orang nak kata apa. Pedulik apa aku. Duda anak 3 pun duda anak 3 la. Yang penting aku kawin jugak. Siap dapat pakej anak 3 terus tue. Bukan senang tau. Jangan jeles

Advertisement

Mungkin itulah yang bermain di fikiran Ain @ Aenn, kembarnya si Ekin. Berita terbaru yang kami terima, Ain akan berkahwin dengan seorang duda anak 3. Bakal suaminya orang Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan. Kira jenis orang-orang berharta jugaklah nie kot.

Kata Ain, dia dan bakal suaminya itu (nama dirahsiakan) mempunyai banyak persamaan. Mungkin tak sama dari segi umur tapi dari segi perangai dan tingkah laku lebih kurang la kot. Tue yang Ain tak kisah pun berkahwin dengan duda. Yang penting serasi dan bila bersama orang tersayang terasa bahagia. Tak gitu Ain?

Apa-apa pun tahniah dari kami BeautifulNara kepada Ain kerana bakal menamatkan zaman daranya tak lama lagi. Semoga berbahagia di samping bakal suami yang tercinta dan anak-anak 3 orang tue. Kalau baik hati, jemputlah kitorang nie.

P.S: Ada cadangan nak buat majlis berbuka puasa BeautifulNara. Kalau kami buat pun mungkin boleh buat di sekitar Kuala Lumpur jerlah kot. Sebab kami pun tinggal kat sini. Ada sesiapa berminat nak join? Kalau betul-betul nak join, sila bagitau kat ruangan komen. Kalau ramai boleh dipertimbangkan cadangan ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama