Ain Edruce Akui Tak Merancang Untuk Dapatkan Zuriat

Hiburan

Ain Edruce Akui Tak Merancang Untuk Dapatkan Zuriat

Mendedahkan kepada umum bahawa dirinya kini sudah mula diasak dengan pertanyaan mengenai soal menimang cahaya mata, pengacara dan pelakon, Ain Edruce akui sejak berkahwin pada tahun lalu, dirinya masih belum dikurniakan rezeki untuk menerima perkhabaran telah berbadan dua.

Ain Edruce Tak Merancang Untuk Dapatkan Zuriat

Advertisement

Kata Ain, beliau juga tidak merancang, malah tidak juga menolak andai dikurniakan rezeki untuk menimang anak di usia kini.

“Memang normal orang bertanya hal anak ya? Kena sediakan jawapan siap-siaplah dalam telefon (seloroh). Setakat ini, bercakap mengenai menimang cahaya mata, saya tidak ada rasa macam nak merancang (keluarga) ke apa. Kalau dapat (mengandung) tu alhamdulillah.”

Ain Edruce Tak Merancang Untuk Dapatkan Zuriat

Ujarnya lagi, beliau hanya mahu menyerahkan sahaja hal berkaitan menimang cahaya mata itu kepada ketentuan daripada-Nya sahaja.

Ain Edruce Tak Merancang Untuk Dapatkan Zuriat

“Kalau tak ada (bayi), saya boleh fokus dengan aktiviti perlumbaan. Rasanya orang tahu yang saya sekarang ini racing untuk Toyota. Kalau tiba-tiba mengandung, bahaya pula. Bergegar-gegar pula anak nanti.”

Terdahulu, Ain selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, pada 13 Disember 2019. Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pelakon drama 30 Pesanan Suara itu menerima mas kahwin bernilai RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...