Seorang pengguna Instagram secara berseloroh tag akaun Instagram Aiman Tino bertanya bilakah penyanyi itu akan masuk meminang. Tanpa disangka seorang lagi pengguna Instagram telah memarahinya.
Pengguna Instagram yang menggunakan nama @_umyhusnajeeha itu memuat naik gambarnya di sebuah pelamin dan membuat kapsyen bertanya kepada @official_aimantino bila mahu masuk meminang.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Bagaimanapun, seorang lagi pengguna Instagram bernama @fatin_saymimi_15 telah ‘menyerang’ @_umyhusnajeeha di ruangan komen, mendakwa dia ialah teman wanita Aiman Tino dan ibu Aiman sudah bersetuju untuk meminangnya.
@_umyhusnajeehajuga memuat naik gambarnya bersama Aiman di Instagramnya, bagi mengukuhkan dakwaan dia ialah kekasih Aiman.
@_umyhusnajeeha seterusnya memuat naik mengenai ‘bakal tunang’Aiman ke Twitter dan kisah ini telah menjadi viral. Netizen telah memberi respon meminta agar @_umyhusnajeeha tidak lagi mengganggu Aiman Tino kerana Aiman sudah punya kekasih dan bakal meminang kekasihnya itu.
Okay laa selamat bertunang ye dik ??
— kecik (@umyhusnajeeha) November 28, 2017
Hhahaha tulah jangan kacau aiman dah! Tau! Biar dia dah berpunya
— Kash (@attikahshuada) November 28, 2017
Tak kelaka nya. Hahaha dia confuse ni aiman tino ke aiman jate ni nak masuk meminang. Hahaha
— Aisha albenafe (@sha_jupiter) November 28, 2017
Setakat ini Aiman masih belum memberi reaksi mengenai dakwaan @fatin_saymimi_15 bahawa ibu Aiman bakal meminangnya. Jika benar apa yang diberitahu @fatin_saymimi_15 tahniah diucapkan dan semoga semuanya berjalan lancar buat anda berdua. – beautifulnara.com