Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson Nikah 20 Februari Ini?

aiman hakim zahirah macwilson

Sesungguhnya tarikh 20 Februari 2020 (20.02.2020), memang sangat cantik untuk mengabadikan momen terindah. Selain Emma Maembong yang dikhabarkan bakal berkahwin pada tarikh tersebut, pasangan romantis Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson juga sedang menghitung hari untuk disatukan sebagai suami dan isteri juga pada tarikh yang sama.

aiman hakim zahirah nikah 20 februari

Advertisement

Mengakui berdebar dan semakin teruja menanti detik bergelar isteri, Zahirah bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mengesahkan tarikh hari bahagianya itu. Bukan berniat mahu berahsia tetapi biarlah ia menjadi kejutan terindah.

Tunggu saja dan lihat. Ia adalah satu detik yang besar buat kehidupan saya. Saya bukan nak berahsia, tapi biarlah ia menjadi kejutan.

aiman hakim zahirah nikah 20 februari

Ya, saya teruja. Ia adalah perjalanan dan cabaran baru yang akan saya tempuhi.

Dalam pada itu, kad undangan majlis persandingan kedua-duanya sudah mula diedarkan dan akan berlangsung pada Jumaat ini di Glamhall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana di Petaling Jaya jam 7.45 malam.

aiman hakim zahirah nikah 20 februariTerdahulu, Aiman menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto romantis dan manis mereka berdua yang menunjukkan seperti foto pra-perkahwinan. Aktor kacak itu turut menulis nukilan indah buat Zahirah berserta ‘hashtag’ tertera nama gabungan mereka serta tarikh penting iaitu 20 Februari 2020. Perkongsian Aiman itu mendapat perhatian ramai dan seakan memberikan gambaran mereka bakal bernikah pada tarikh tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top